Arwah Harith ‘hero’ enam nyawa, keluarga reda pemergian

Di sebalik kesedihan kehilangan insan tersayang, sebuah keluarga membuktikan bahawa pemergian boleh menjadi sinar harapan buat orang lain apabila mengizinkan derma organ anak mereka yang terkorban dalam kemalangan.

Allahyarham Harith Aizuddin Salleh, yang meninggal dunia pada 24 April lalu, menjadi ‘hero’ kepada enam pesakit selepas keluarganya bersetuju mendermakan tisu injap jantung serta kornea mata.

Perkongsian oleh Hospital Sungai Buloh itu menyentuh hati ramai apabila memaklumkan pengorbanan besar keluarga arwah dalam saat paling sukar.

“Bagi yang mengenali arwah, pemergian ini amat menyakitkan. Namun keluarga memilih untuk menjadikannya sebagai rahmat kepada insan lain,” menurut kenyataan itu.

Hasil derma tersebut, enam pesakit berpeluang untuk meneruskan kehidupan, sekali gus menjadikan pengorbanan arwah sebagai amal jariah yang berterusan.

“Semoga pengorbanan ini menjadi pahala yang mengalir buat arwah. Takziah kepada keluarga dan terima kasih kerana mengajar kami erti pengorbanan,” tambah pihak hospital.

Kisah menyentuh hati itu turut mendapat perhatian orang ramai di media sosial, dengan ramai menitipkan doa agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

“Kematian yang menghidupkan… semoga syurga buatmu,” kata seorang pengguna.

“Enam nyawa diselamatkan, satu pengorbanan yang luar biasa,” ujar seorang lagi.

Pemergian Harith bukan sekadar kehilangan, tetapi meninggalkan legasi kebaikan yang terus memberi kehidupan kepada orang lain.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img