Kerajaan Persekutuan tak pilih ‘warna politik’ bantu rakyat – Anwar

PENGERUSI Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak memilih bulu, malah membantu semua pihak tanpa mengira latar belakang politik sejak memimpin negara.

Perdana Menteri berkata, bukan sahaja di Johor malah beliau turut membantu negeri lain termasuk negeri dipimpin oleh Pas kerana memikirkan masalah dan kesusahan dihadapi rakyat.

“Di Johor kita bagi berbillion ringgit untuk projek tebatan banjir dengan projek sudah bermula. Di Kelantan pun sama walaupun mereka tidak menyokong saya, tapi kita bantu kerana rakyat susah.

“Sebab apa?.. di sana (Kelantan) ramai Melayu…mereka susah perlukan pertolongan, saya bagi (projek tebatan banjir,” katanya ketika berucap pada ceramah “Yok! Meriahkan Johor! Undi Harapan” di Banang Jaya, Batu Pahat malam ini.

Yang turut hadir, Pengarah Komunikasi PH, Datuk Fahmi Fadzil dan calon PH di Dewan Undangan Negeri (DUN) Penggaram, Senggarang, Semerah dan Rengit.

Justeru, Anwar mengingatkan pengundi menggunakan peluang sebaik mungkin pada Pilihan Raya Negeri (PRN) demi masa depan anak-anak serta cucu.

“Kita mahu generasi ini lebih daripada kita. Kita tuntut perubahan agar negeri (Johor) lebih baik,” katanya.

Katanya, sesebuah negara menjadi aman ada di mana pemimpin tidak mengenepi semua kaum.

“Negara kalau mahu aman dan maju, kita jaga semua… Melayu, Cina, India. Tak boleh gaduh lagi dah,” katanya.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img