Kereta masuk sungai: Adik pula disahkan meninggal dunia

SEORANG lagi mangsa yang terperangkap di dalam kereta yang dinaiki bersama-sama ibu dan bapa selepas terjunam ke dalam sungai di jambatan Tanjung Agas, Port Dickson, meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Maslan Udin berkata, pihaknya menerima laporan awal jam 11.42 pagi tadi.

“Suami isteri berusia 40-an itu itu selamat dan dua anaknya berusia 8 dan 9 tahun terperangkap dalam kereta yang tenggelam ke dalam sungai kerana sedang tidur ketika kejadian.

“Operasi mencari dan menyelamat dapat dijalankan dan kedua kanak-kanak malang itu dapat dikeluarkan anggota bomba namun kedua mereka di sahkan sudah meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika ditemui, lapor Harian Metro.

Katanya, kereta jenis Nissan Teana yang terjatuh ke dalam sungai dikeluarkan jam 4 petang atas bantuan kenderaan penunda.

“Kedua-dua kanak-kanak yang juga anak mangsa disahkan maut akibat terperangkap dalam kereta dan mayat dihantar di Hospital Port Dickson untuk bedah siasat,” katanya.

Sementara itu, kedua mayat mangsa sudah pun di hantar ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus

IG:
Utusan Melayu Plus

TikTok:
@utusanmelayuplusofficial

Whatapps Channel:
UTUSAN MELAYU PLUS


Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img