34 pelajar rentas sempadan haram dibebaskan dengan jaminan polis

POLIS mengesahkan kesemua 34 pelajar dan murid yang ditahan selepas merentas sempadan secara haram pagi semalam dibebaskan dengan jaminan polis lewat malam tadi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, kesemua mereka berusia antara tujuh hingga 16 tahun dibebaskan selepas pihak polis selesai mengambil keterangan.

“Kita mengambil keterangan mengikut prosedur ditetapkan dan pada masa sama memberi taklimat kepada pelajar bahawa tindakan mereka adalah salah serta menyalahi undang-undang.

“Kesemua mereka dibebaskan lewat malam tadi. Proses mengambil masa memandangkan jumlah pelajar yang ramai.

“Ibu bapa dan saudara mara mereka dibenarkan membawa anak masing-masing pulang,” katanya ketika dihubungi, lapor Harian Metro.

Terdahulu, media melaporkan seramai 34 pelajar dan murid ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) pada jam 6.30 pagi ketika menggunakan pangkalan haram Jambu untuk ke sekolah di Rantau Panjang.

Difahamkan, kesemua mereka adalah warga Malaysia yang menetap di Thailand dan berulang-alik ke Rantau Panjang bagi tujuan persekolahan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img