Kes seludup dadah: Seorang lagi juruterbang ditahan,terlibat dalam aliran wang

 SEORANG lagi juruterbang diberkas kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket penyeludupan dadah membabitkan seorang juruterbang Malaysia Airlines ditahan bersama dadah RM45 juta di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan, berkata lelaki tempatan berusia 30-an yang ditahan di Lembah Klang dua hari lalu itu bertugas dengan syarikat penerbangan berbeza.

“Siasatan mendedahkan juruterbang kedua itu didakwa terlibat dalam aliran wang tunai antara sindiket berkenaan dengan seorang lagi juruterbang,” katanya lapor Harian Metro.

Ini menjadikan tujuh lelaki tempatan ditahan di Malaysia berhubung kes itu, selepas enam suspek diberkas 20 hingga 28 Ogos lalu hasil soal siasat ke atas juruterbang Malaysia Airlines oleh pegawai JSJN yang dihantar ke Jakarta bulan lalu.

Empat daripada enam suspek yang dikesan melarikan diri ke Thailand dan Vietnam itu ditahan ketika kembali ke Malaysia, manakala baki dua lagi diberkas di Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan Klang, Selangor.

Juruterbang Malaysia Airlines itu ditahan di Terminal 3 Ketibaan Antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Tangerang pada 29 Julai lalu selepas tiba dari Kuala Lumpur dengan penerbangan MH727.

Pemeriksaan ke atas bagasinya menemui 14 bungkusan mengandungi 70,114 pil ekstasi kira-kira 25kg, selain 4g syabu dalam barang bawaannya yang semuanya dianggarkan berjumlah RM45 juta.

Menurut polis Indonesia, suspek mendakwa dijanjikan bayaran RM50,000 untuk membawa dadah itu ke Jakarta sebelum diambil individu lain dari sebuah hotel.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here