Nahas helikopter: KKM tumpu usaha bawa keluar mangsa

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) memberi tumpuan kepada operasi membawa keluar mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara atau Flying Doctor Services (FDS) yang terhempas berhampiran Lapangan Terbang Long Lellang di Ulu Baram, Sarawak semalam.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memaklumkan, operasi membawa keluar kesemua mangsa sedang dijalankan pasukan penyelamat yang terdiri daripada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta agensi berkaitan.

“Status terkini di lapangan, setakat laporan pagi ini, operasi membawa keluar mangsa sedang dijalankan oleh pasukan penyelamat.

“Pihak hospital KKM juga telah bersedia sepenuhnya untuk menerima mangsa sebaik sahaja mereka dibawa keluar dari lokasi kejadian,” katanya dalam sidang media khas nahas helikopter yang membabitkan empat kakitangan KKM di ibu negara hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, pasukan Mental Health and Psychosocial Support (MHPSS) KKM telah digerakkan bagi membantu memberi sokongan psikologi kepada keluarga mangsa.

“Pasukan MHPSS KKM juga telah digerakkan dan kini sedang mendampingi ahli keluarga untuk memberikan Psychological First Aid (PFA) dan sokongan emosi yang berterusan, termasuk kepada pasukan FDS itu sendiri,” katanya.

Mengulas mengenai kesinambungan FDS, beliau berkata, perkhidmatan itu akan diteruskan kerana amat penting kepada penduduk di kawasan pedalaman Sarawak, namun sebarang penggunaan helikopter tertakluk kepada penilaian keselamatan oleh pihak berkuasa berkaitan.

“Jadi fokus utama KKM akan memastikan keselamatan petugas kesihatan yang menjalankan FDS dan perkhidmatan ini akan diteruskan,” katanya.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here