Kes tikam pelajar Banting : Sebutan semula pada 22 September

MAHKAMAH Majistret Telok Datok, Banting, hari ini menetapkan 22 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang didakwa cuba membunuh seorang pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Syafiq Yazid berkata, tarikh berkenaan ditetapkan Majistret Maslinda Selamat berikutan laporan psikiatri terhadap tertuduh masih belum siap.

Beliau berkata, prosiding yang dijalankan secara tertutup itu berlangsung tanpa kehadiran tertuduh.

“Prosiding hari ini ditetapkan untuk perkembangan laporan psikiatri terhadap tertuduh yang masih belum siap,” katanya.

Pada 10 Julai lalu, remaja berkenaan dihadapkan ke mahkamah sama atas pertuduhan cubaan membunuh seorang pelajar Tingkatan Tiga.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda atau penjara sehingga 20 tahun, atau boleh dihukum mati jika kecederaan dilakukan, manakala tertuduh yang tertakluk kepada hukuman penjara seumur hidup boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada remaja berkenaan ketika pertuduhan dibacakan.

Mahkamah sebelum ini memerintahkan tertuduh menjalani pemeriksaan mental di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan, Perak.

Kes itu akan disebut semula pada 22 September depan bagi mengetahui perkembangan laporan psikiatri berkenaan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here