‘’Kita tak kan tunduk, lawan tetap lawan, berani kerana benar’ – TMJ persoal tindakan FIFA, mahu FAM buat rayuan segera

PEMANGKU Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail hari ini mempertikaikan tindakan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mendenda Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain kebangsan tanpa alasan yang kukuh.

Melalui platform media sosial  X, Tunku Ismail berkata, FAM sudah mengikuti proses dan berkerjasama dengan FIFA serta kerajaan berhubung pendaftaran pemain malah diluluskan badan bola sepak dunia itu.

“FAM dah ikut proses dan kerjasama dgn FIFA & kerajaan Malaysia. FIFA pun dah approve sebelum ini tetapi kenapa keputusan bertukar now? Apa yang berlaku sampai tiba-tiba ada keputusan macam ini? Adakah ada entiti luar yang terlibat mempengaruhi keputusan FIFA?,” katanya.

Baginda  turut berkongsi surat daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), yang mengesahkan pemain terbabit menjalani dan mematuhi prosedur sah untuk memperoleh kewarganegaraan sekali gus layak mewakili Harimau Malaya.

“Lagi 1 persoalan, hukuman telah dijatuhkan tanpa memberi sebab keputusan. Tambahan lagi FIFA cepat untuk mengeluarkan keputusan tersebut dalam public domain walaupun proses rayuan belum selesai.

“Who was in New York? Saya berharap FAM akan membuat rayuan secepat mungkin. Ini adalah surat pengesahan dari Jabatan Pendaftaran Negara. Takkan kita takut dan nak tunduk dengan individu-individu  yang khuatir dengan kebangkitan Harimau Malaya. Lawan tetap lawan. Berani kerana benar,” tulis TMJ.

FAM didapati menyerahkan dokumen dipalsukan ketika membuat semakan kelayakan dengan FIFA bagi membolehkan tujuh pemain diturunkan dalam aksi menentang Vietnam pada pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027, 10 Jun lalu.

Perlawanan itu berkesudahan Malaysia membelasah Vietnam 4-0.

Susulan pelanggaran Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen, FAM didenda CHF350,000 (RM1.8 juta) dan tujuh pemain terbabit didenda 2,000 francs Swiss (RM10,400) setiap seorang.

Pemain terbabit ialah Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomás Garcés, Rodrigo Julián Holgado, Imanol Javier Machuca, João Vitor Brandão Figueiredo, Jon Irazábal Iraurgui, dan Hector Alejandro Hevel Serrano.

Malam tadi,  Pemangku Presiden FAM, Yusoff Mahadi, berkata akan membuat rayuan terhadap hukuman FIFA sambil menegaskan pihaknya dan pemain terbabit bertindak dengan niat baik serta penuh ketelusan sepanjang proses itu.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img