KJ kembalinya ke UMNO: Pentingnya pengukuhan parti berbanding perasaan peribadi

Oleh Shahbudin Embun

MUNGKIN bukan sesuatu yang mengejutkan apabila kita mendengar khabar yang Khairy Jamaludin (KJ) akan kembali kepada UMNO. Bahkan itu merupakan antara soalan yang sering dikemukakan kepada KJ, bilakah dia akan kembali semula ke medan politik khasnya UMNO?

Nampaknya tidak lama lagi semua persoalan itu akan terjawab apabila Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meminta KJ mengisi semula borang permohonan menyertai UMNO.

Pengaruh dan kepemimpinan beliau semasa dalam UMNO dahulu, tidak perlu dipersoalkan. KJ dilihat sebagai seorang yang berkarisma, berpengaruh dan pernah disebut-sebut sebagai bakal pemuda yang akan memimpin UMNO satu hari nanti.

Itu sebab kemunculan KJ semula sedikit sebanyak mungkin akan menimbulkan persoalan, keraguan dan sikap berhati-hati dalam kalangan beberapa orang kuat UMNO.

Namun jika dilhat pada pandangan UMNO semata-mata, kehadiran semula KJ merupakan satu strategi untuk UMNO memikat golongan muda.

Bahkan ada yang menganggap pelawaan Zahid merupakan satu langkah yang bijak dalam usaha UMNO untuk menarik kembali sokongan, terutama generasi muda dan pengundi yang dahulunya agak ‘jauh’ dari parti itu.

Bayangkan jika KJ benar-benar kembali, ini merupakan satu petanda bahawa UMNO ingin memantapkan semula daya tarikannya terutamanya kepada generasi muda atau penyokong yang menginginkan ‘wajah baharu’.

Pada masa yang sama, sekiranya KJ kembali kepada UMNO, beliau perlu membuktikan bukan sekadar mahu masuk balik tetapi bersama-sama memainkan peranan penting dengan kesedaran terhadap realiti semasa politik Malaysia dan bersedia untuk bekerjasama dan berkompromi, dalam struktur parti.

Sejak berita ini mula tersebar, kita dengar pelbagai anggapan dan teori mengapa KJ ingin memasuki semula UMNO. Ada yang menganggap KJ selama ini sememangnya sangat setia dengan UMNO, biarpun dia pernah dipancing untuk menyertai parti lain.

Dalam hal ini, pastinya UMNO juga boleh mendapat manfaat daripada wajah segar’ seperti KJ terutama dalam menghadapi pilihan raya negeri seperti di Sabah yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Secara tidak dapat membantu UMNO untuk mengubah naratif bahawa mereka hanya parti lama tanpa dinamik baharu

Isu ini juga secara tidak langsung menggambarkan betapa besarnya jiwa Presiden UMNO yang tidak menyimpan perasaan dendam dan ternyata memikirkan masa depan parti. Mungkin ramai yang masih ingat, KJ merupakan antara pengkritik Zahid yang paling lantang selepas PRU15 .

Di sinilah terbuktiknya sikap keterbukaan dan kematangan Zahid. Beliau bersedia menerima kembali pengkritik lamanya, melupakan apa-apa persengketaan yang terjadi dan memantapkan semula silaturrahim yang boleh menguatkan semula UMNO. Ini membuktikan juga yang Zahid lebih mementingkan pengukuhan parti berbanding perasaan peribadi.

*Penulis adalah penganalisis politik

 


 

UNDILAH

[socialpoll id=”2974793″]

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img