KOBANAS buka Cawangan Ar-Rahnu dan lancar KOBANAS Wellness di Wangsa Melawati

KOPERASI  Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad (KOBANAS) terus bergerak maju apabila membuka Cawangan Ar-Rahnu KOBANAS Cawangan Wangsa Melawati dan melancarkan  KOBANAS Wellness di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur pada 10 Januari lalu.

Majlis perasmian Cawangan Ar-Rahnu dan pelancaran KOBANAS Wellness tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Leftenan Jeneral (B) Datuk Ahmad Norihan Jalal.

Turut hadir  Pengerusi KOBANAS Hamzah Ibrahim serta kepimpinan tertinggi SKM dan Ahli Lembaga serta pegawai kanan KOBANAS.

Dalam satu kenyataan SKM memaklumkan, pembukaan Cawangan Ar-Rahnu KOBANAS di Wangsa Melawati itu membuktikan  komitmen berterusan KOBANAS dalam memperluaskan rangkaian perkhidmatan kewangan Islam patuh syariah kepada anggota dan komuniti.

‘’Perkhidmatan Ar-Rahnu menawarkan kemudahan pembiayaan segera, selamat dan telus berlandaskan prinsip syariah, sekali gus membantu komuniti mendapatkan akses kewangan yang mudah dan bertanggungjawab,’’ kata SKM.

KOBANAS, kata SKM, akan terus memperkukuhkan perkhidmatan Ar-Rahnu serta memperluas capaian perkhidmatan koperasi ke seluruh negara, selaras dengan visi untuk mencapai pertumbuhan yang mampan, inklusif, serta menyumbang kepada kesejahteraan ekonomi dan sosial masyarakat.

SKM turut memaklumkan, pada majlis yang sama turut dilancarkan KOBANAS Wellness – inisiatif baharu yang menyediakan pelbagai produk dan perkhidmatan berkaitan kesihatan serta gaya hidup sihat.

‘’ Pelancaran ini mencerminkan usaha KOBANAS dalam menyokong kesejahteraan fizikal dan pembudayaan gaya hidup positif dalam kalangan anggota koperasi serta komuniti setempat,’’ kata SKM.

Bagi menunjukkan komitmen terhadap tanggungjawab sosial korporat, majlis penyampaian sumbangan kepada Masjid Al-Muttaqin, Wangsa Melawati menerusi Program Ihya’ Ramadan turut diadakan. Ia sekali gus melambangkan sokongan KOBANAS terhadap pembangunan sosial dan kebajikan komuniti setempat.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img