KPM, ICU diarah segera cari penyelesaian isu dihadapi SK Balaban Jaya – PM

DATUK Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan Kementerian Pendidikan (KPM) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di Jabatan Perdana Menteri (JPM) mencari penyelesaian segera bagi menangani isu pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Balaban Jaya di Sabah, yang terpaksa belajar di bawah khemah serta di kaki lima masjid.

Perdana Menteri berkata, perkara itu amat mengesankan dan tindakan segera wajib dilaksanakan.

“Perkara sebegini cukup mengesankan. Arahan telah diberikan kepada KPM dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri untuk penyelesaian segera.

“Keselesaan dan kebajikan anak-anak dalam menuntut ilmu mesti diberi perhatian utama dan tindakan segera wajib dilaksanakan,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Anwar turut memuat naik laporan berkaitan sekolah berkenaan yang disiarkan akhbar tempatan, selepas berlaku kerosakan pada sebahagian infrastruktur yang dikaitkan pergerakan tanah dan cerun yang menyebabkan sekolah itu tidak berada dalam keadaan selamat.

Dalam laporan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Likas, Tham Yun Fook menggesa KPM di peringkat negeri dan Persekutuan supaya segera menangani nasib pelajar di sekolah berkenaan, yang dilaporkan terpaksa mengikuti sesi pembelajaran di ruang sementara yang tidak sesuai.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img