KPT pertimbang ambil tindakan undang-undang ke atas ADUN Jitra

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) sedang meneliti tindakan perundangan sewajarnya terhadap Exco Kedah Haim Hilman Abdullah, susulan dakwaan berkaitan sistem kemasukan ke universiti awam.

Dalam satu kenyataan KPT berkata, langkah itu bertujuan  mempertahankan integriti kementerian, universiti awam dan sistem pendidikan tinggi negara daripada fitnah serta tuduhan tidak berasas.

Menurut kenyataan itu,KPT memandang serius tuduhan terus diulang Haim yang juga ADUN Jitra termasuk dakwaan kononnya universiti awam kini ‘menjual tempat-tempat untuk anak-anak kita kepada orang ada duit’.

Selain itu kata kata KPT,  Haim turut mendakwa wujud puluhan ribu pelajar memasuki institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) melalui ‘pintu belakang’.

‘’ Dakwaan terbaru dibuat menerusi rakaman video ucapan Haim yang disiarkan di Facebook sempena ‘Ceramah Umum Ambang Pilihan Raya Negeri Sembilan’ pada 13 Jun lalu.

“Tuduhan seperti ini bukan sahaja sangat berat, malah berpotensi menjejaskan reputasi dan kredibiliti keseluruhan sistem pendidikan tinggi negara,” kata KPT.

KPT berkata, dakwaan itu turut memberi kesan kepada universiti awam, pengurusan universiti, pegawai kerajaan serta ribuan pelajar yang memasuki institusi pendidikan tinggi melalui saluran sah.

‘’KPT sentiasa terbuka kepada kritikan membina yang berasaskan fakta. Bagaimanapun  sebarang tuduhan yang boleh menghakis keyakinan rakyat terhadap institusi pendidikan tinggi negara mesti disertakan bukti kukuh,’’ kata kenyataan tersebut.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img