‘’Jangan dengar kempen melaga-laga kaum’’ – PM

RAKYAT diingatkan tidak terpengaruh dengan anasir dan kempen mana-mana pihak yang cuba melaga-lagakan kaum di negara ini.

Ketika membuat peringatan itu, perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tindakan anasir dan Kempen seumpama itu bukan sahaja menggugat perpaduan masyarakat, malah merugikan rakyat yang berdepan pelbagai isu dan cabaran kehidupan.

“Sebab itu selalu saya rayu, jangan dengarlah kempen-kempen yang melaga-lagakan ini Melayu, ini parti Cina, lawan. Yang ruginya rakyat di bawah. Masalah ini luas, panjang Siapa yang nak perjuangkan kalau masing-masing gaduh soal kaum?” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Perumahan Kekal bagi penduduk Rumah Panjang Bukit Kiara, Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata, naratif dan dasar perjuangan rakyat perlu diubah ke arah yang lebih baik dengan mengembalikan nilai kemanusiaan serta semangat saling menghormati dalam masyarakat.

“Sebab itu saya kata, naratif, wacana, dasar perjuangan rakyat ini mesti kita bawa perubahan. Kembalikan roh dan jiwa yang baik dalam kalangan manusia,” katanya.

Anwar menegaskan, Malaysia mampu dibangunkan menjadi negara yang lebih baik sekiranya dasar kerajaan jelas, pimpinan komited membawa perubahan dan rakyat mempunyai kesedaran serta kefahaman yang tinggi.

“Malaysia yang lebih adil dan boleh menjamin kebahagiaan bagi semua. Sebab itu, dalam MADANI ini, soal kemanusiaan, soal ‘humanity’, ‘compassion’, ihsan, itu penting untuk kita hidupkan. Mari kita mengajak rakyat, saya lihat tengok India ada, Melayu ada, Cina ada di sini, ‘can we move on’, jaga sebagai manusia, jaga kebaikan kita,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img