Lagi kebakaran di Sandakan, 30 buah rumah musnah

SELEPAS 1,000 buah rumah di perkampungan atas air Kampung Bahagia Sandakan terbakar pada 19 April lalu,  awal pagi ini pula sekurang-kurangnya 30 rumah musnah di Jalan Bokara, Kampung Karamunting mengalami nasib sama.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan Jimmy Lagung berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.34 pagi dan menghantar sepasukan 21 anggota ke lokasi kejadiaan.

Beliau berkata, kebakaran itu melibatkan keluasan 1.4 hektar dan bomba menggunakan sumber air daripada tangki jentera dan pili bomba.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kita berjaya menyelamatkan 100 rumah lain daripada terbakar.

“Anggota mengambil masa hampir satu jam memadam api untuk mengelak ia merebak lebih besar sebelum operasi ditamatkan pada jam 7 pagi tadi,” katanya.

Jimmy berkata, selain bomba, pihaknya turut dibantu pasukan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img