Lapan cedera, bot terbalik ketika aktiviti parasailing di Langkawi

LAPAN individu dilaporkan cedera selepas sebuah bot pelancong yang dinaiki mereka terbalik ketika menjalani aktiviti parasailing di Langkawi, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Langkawi Supt Samsulmuddin Sulaiman berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai kejadian bot terbalik di kawasan Pantai Tengah pada 1.15 tengah hari tadi.

“Bot berkenaan membawa enam pelancong, tiga lelaki dewasa, dua wanita dan seorang kanak-kanak lelaki serta dua kru bot. Semasa kejadian, terdapat pelancong yang sedang melakukan aktiviti parasailing, namun berjaya diturunkan ke bawah dengan selamat.

“Kejadian dipercayai berlaku akibat angin kuat, dan kesemua mangsa diselamatkan oleh orang awam yang berada di sekitar lokasi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, maklumat awal menunjukkan tiada mangsa yang mengalami kecederaan serius dan kesemua mereka kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Maliha.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus

IG:
Utusan Melayu Plus

TikTok:
@utusanmelayuplusofficial

Whatapps Channel:
UTUSAN MELAYU PLUS


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img