Lebih1,000 peserta dari 10 negara sertai Pertandingan Robot Belia ASEAN

PERTANDINGAN  Robot Belia Antarabangsa ASEAN 2026 (International Youth Robot Competition ASEAN 2026 – IYRC ASEAN 2026) diadakan  di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang.

Acara selama tiga hari bermula Jumaat hingga semalam  menghimpunkan lebih 1,000 peminat muda bidang robotik dari 10 buah negara bagi menghadapi cabaran robotik, pengaturcaraan, kejuruteraan dan kecerdasan buatan (AI) selama tiga hari.

Dianjurkan oleh International Youth Robot Association (IYRA) dan My-Robot Sdn Bhd, serta disokong oleh penganjur bersama Destination Odyssey Travel Solutions, edisi tahun ini disertai  peserta berumur antara 4 hingga 18 tahun dari Malaysia, Thailand, Laos, Vietnam, Singapura, Indonesia, Myanmar, India dan China.

Edisi kali ini menyaksikan peningkatan jumlah penyertaan susulan kejayaan edisi 2025 di Iskandar Puteri, Johor yang telah menghimpunkan seramai 800 peserta dari seluruh rantau ASEAN.

Ia dibahagikan kepada liga Asas (Foundation), Sekolah Rendah Bawah, Sekolah Rendah Atas, Sekolah Menengah dan Terbuka, IYRC ASEAN 2026 memperkenalkan tema berinspirasikan biologi (bio-inspired): “Jurassic Intelligence × AI Innovation”.

Terinspirasi daripada cara dinosaur beradaptasi, bergerak dan bertindak balas terhadap persekitaran mereka,  peserta muda dicabar untuk mereka bentuk, mengatur cara dan membina sistem kecerdasan buatan serta robotik yang berkeupayaan mengesan secara autonomi, membuat keputusan, dan menyesuaikan diri dengan persekitaran yang kompleks.

Acara itu yang bermuka Berlangsung dari 24 hingga 26 Julai, IYRC ASEAN 2026 bertujuan untuk memupuk minat awal dalam bidang robotik, kecerdasan buatan, dan teknologi dalam kalangan pelajar, sekolah serta komuniti, di samping menyokong secara langsung matlamat pendidikan STEM serantau.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengerusi Penganjur IYRC ASEAN 2026, Olivia Ooi,; Deng Cai Mei, Naib Presiden Eksekutif International Youth Robot Association (IYRA) dan MY ROBOT TIME (SZ) CO., LTD.

Selain pembangunan kemahiran teknikal, IYRC ASEAN 2026 turut menampilkan titik pertemuan antara pendidikan belia global dan pelancongan antarabangsa.

Melalui kehadiran para peserta yang diiringi ibu bapa, pendidik, dan delegasi antarabangsa, acara ini menyerlahkan keupayaan Malaysia sebagai pusat persidangan pendidikan dan sidang kemuncak teknologi antarabangsa.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img