Lelaki dipecat didakwa jalan lebih 16,000 langkah ketika cuti sakit

ISU pemecatan seorang pekerja lelaki yang dikatakan berjalan lebih 16,000 langkah selepas memohon cuti sakit akibat sakit kaki, mencetuskan perdebatan hangat mengenai hak pekerja di China.

Memetik South China Morning Post, kes itu didedahkan melalui akaun media sosial rasmi Kementerian Kehakiman, 29 Oktober lalu dengan kejadian berlaku pada 2019.

Laporan menyebut, lelaki dikenali Chen bekerja dengan sebuah syarikat di wilayah Jiangsu di timur China memohon cuti sakit sebanyak dua kali pada Februari serta Mac kerana kecederaan belakang dan menyertakan salinan penilaian hospital sebagai bukti.

Dia kemudian kembali bekerja selepas berehat kira-kira sebulan, tetapi selepas separuh hari bekerja, lelaki itu memohon cuti sakit berikutnya dengan kali ini kerana sakit kaki kanan dan disertakan nota doktor yang menyarankan dia berehat selama seminggu.

Chen menjalani pemeriksaan kaki di hospital seminggu kemudian dan didiagnosis mengalami tumit tajam (heel spur), termasuk terpaksa melanjutkan cuti sakitnya selama beberapa hari lagi.

Syarikat meminta Chen ke pejabat untuk menyerahkan sendiri dokumen pemeriksaan hospital, tetapi apabila dia tiba di pintu masuk, kemasukannya dihalang oleh pengawal keselamatan.

Beberapa hari kemudian, syarikat memaklumkan kepada Chen yang dia diberhentikan kerana tidak hadir bekerja dan menipu mengenai tahap kesihatannya.

Chen memfailkan kes timbang tara buruh terhadap syarikat itu dan pihak berkuasa menyokongnya selepas siasatan dilaksana, serta menuntut syarikat membayar pampasan 118,779 yuan (kira-kira RM70,000).

Syarikat itu kemudian mengemukakan rakaman pengawasan yang menunjukkan Chen mampu berlari ketika datang ke pejabat dalam tempoh cuti sakit, selain rekod daripada perisian sembang (chat software) yang menunjukkan bahawa Chen sudah berjalan lebih daripada 16,000 langkah pada hari itu.

Chen berhujah yang bukti syarikat tidak sah kerana dia menyertakan rekod hospital lengkap termasuk imbasan perubatan pinggang serta kaki.

Selepas dua kali prosiding, mahkamah memutuskan syarikat perlu membayar pampasan kepada Chen atas alasan pemecatan tidak sah.

Kes itu mencetuskan perbincangan hangat dalam talian mengenai hak pekerja, dengan ramai yang menganggap syarikat sudah melanggar hak pekerja.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img