Lelaki direman 7 hari, disyaki bakar jari, pijak perut anak tiri usia lima tahun

SEORANG lelaki berusia 36 tahun direman tujuh hari bermula hari ini selepas disyaki mendera anak tirinya berusia lima tahun dalam kejadian di daerah Dungun, Terengganu.

Perintah reman dikeluarkan Mahkamah Majistret Dungun bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Menurut sumber, kejadian terbongkar selepas ibu mangsa membuat laporan polis pada jam 5.36 petang semalam apabila mendapati anaknya mengalami beberapa kecederaan dipercayai akibat didera.

Siasatan awal mendapati suspek dipercayai menggunakan pemetik api untuk membakar jari kanak-kanak terbabit, selain turut memijak perut dan mencekik mangsa.

Suspek ditahan pada hari sama sejurus laporan dibuat di Balai Polis Bukit Besi.

Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kesan luka lama pada jari mangsa sebelum kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Dungun untuk rawatan dan pemeriksaan lanjut.

Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img