Lelaki ditahan ceroboh rumah, ada lima rekod jenayah dan dadah

SEORANG lelaki tempatan berusia 48 tahun ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kes ceroboh rumah di Kampung Melayu Majidee, Johor Bharu, hari ini.

Kejadian itu turut tular di media sosial menerusi satu rakaman video yang memaparkan suspek ditahan oleh beberapa individu di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Azrul Hisham Mohd Shaffei berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang anggota polis berusia 33 tahun kira-kira jam 8.42 pagi.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota dari Balai Polis Majidee, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan berjaya menahan suspek kira-kira jam 9 pagi di tepi jalan di Kampung Melayu Majidee.

“Hasil semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai lima rekod membabitkan jenayah dan dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, permohonan reman terhadap suspek akan dibuat di Mahkamah Majistret Johor Bahru esok bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img