Lelaki ditemukan maut dalam Toyota Alphard berkunci

SEORANG lelaki berusia 20-an ditemukan maut dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard yang berkunci di belakang sebuah kedai peruncit perkakas rumah di Bidor Sentral, di Tapah, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, polis menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 8.56 malam selepas kenderaan berkenaan ditemukan dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, Toyota Alphard berwarna hitam itu didapati dalam keadaan enjin dan penyaman udara masih hidup, selain semua tingkap ditutup rapat serta pintunya berkunci.

“Bantuan bomba telah berjaya membuka pintu kereta sebelum pemeriksaan mendapati seorang lelaki warga tempatan berusia 20-an terbaring tidak sedarkan diri di tempat duduk penumpang belakang.

“Mangsa kemudian dikeluarkan dari kenderaan berkenaan,” katanya.

Abdul Malik berkata, pemeriksaan lanjut di dalam kenderaan turut menemukan sebuah bekas aluminium yang mengandungi arang yang telah dibakar.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.

“Setakat ini, tiada unsur jenayah dikesan dalam kejadian tersebut,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here