Malaysia hantar surat kepada Sekteriat ASEAN isu kebakaran hutan, jerebu

MALAYSIA telah menghantar surat kepada Sekretariat ASEAN berhubung isu kebakaran hutan serta jerebu rentas sempadan yang melanda negara.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata surat berkenaan dihantar Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, bagi mendapatkan perhatian ASEAN dan negara berkaitan berhubung isu itu.

Katanya, Mohamad turut akan membincangan isu itu dengan Menteri Luar lain dalam ASEAN, termasuk usaha memastikan setiap negara memainkan peranan dalam menangani kedua-dua masalah tersebut.

Beliau yang memangku tugas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam  berkata demikian kepada media  merasmikan Program Alpha Gen Talents KEMAS Wilayah Persekutuan 2026 di Kuala Lumpur, hari ini.

Johari berkata, isu itu akan dibincangkan dengan lebih lanjut menerusi jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menangani masalah jerebu, termasuk di Sarawak.

“Mereka akan bincang perkara ini dengan lebih lanjut. Saya pun tak berapa pasti apa strategi yang mereka lakukan kerana beliau ada komuniti khas untuk membincangkannya.

“Jadi saya ingat kita tunggu mereka dan gerak kerja jawatankuasa mereka,” katanya.

Terdahulu, Mohamad berkata Malaysia menerusi Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) akan menghantar surat kepada Setiausaha Agung ASEAN, Dr Kao Kim Hourn, dan Kerajaan Indonesia berhubung keadaan kebakaran hutan serta jerebu rentas sempadan yang melanda negara, terutama Sarawak ketika ini.

Katanya, selain Kerajaan Indonesia, penghantaran surat kepada Sekretariat ASEAN penting memandangkan badan serantau itu berperanan menyelaras dan menangani isu berkaitan yang membabitkan negara anggota.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here