Lelaki hilang 12 hari lalu ditemukan meninggal dunia di ladang getah

LELAKI berusia 58 tahun ditemukan meninggal dunia di kawasan ladang getah berhampiran simpang tiga Felda Teloi Kanan dekat Baling hari ini, selepas 12 hari dilaporkan hilang.

Ketua Polis Baling, Superintendan Brandon Anak Richard Joe, berkata pihaknya menerima panggilan pada 11.50 pagi tadi memaklumkan mengenai penemuan mayat di lokasi berkenaan.

“Pasukan yang ditugaskan ke lokasi mendapati mayat tersebut telah lama dan reput menyebabkan identitinya tidak dapat dikenal pasti. Turut ditemukan sebuah motosikal jenis Modenas berwarna hitam berhampiran mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata semakan rekod orang hilang mendapati terdapat satu laporan dibuat bapa mentua mangsa di Sik pada 11 Jun lepas.

“Menurut bapa mentuanya, mangsa keluar dari rumah sejak 10 Jun lepas dengan menaiki motosikal yang sama.

“Pengecaman mayat dibuat berdasarkan penemuan kad pengenalan yang ada pada mangsa selain motosikal di lokasi kejadian,” katanya.

Beliau berkata mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

“Siasatan dijalankan sebagai mati mengejut (SDR) dan pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat untuk tampil membantu siasatan,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img