Polis gempur samseng jalanan, tujuh motosikal disita

SEBANYAK tujuh motosikal disita manakala 76 saman dikeluarkan dalam operasi khas menyasarkan aktiviti samseng jalanan dan pelbagai kesalahan trafik di Jalan Jurutera, Kampung Seri Aman, Subang Jaya, semalam.

Operasi Motosikal (Op Sepadu) yang dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya bersama Balai Polis Bukit Puchong itu bermula kira-kira jam 5.30 petang.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, operasi tersebut dilaksanakan bagi mengesan serta mengambil tindakan terhadap pengguna jalan raya yang melakukan pelbagai kesalahan trafik selain mengekang aktiviti yang boleh membahayakan keselamatan pengguna lain.

“Hasil pemeriksaan, sebanyak 76 keping saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) (K) 257 telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik, selain tujuh motosikal disita untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Azlan berkata, pihak polis memandang serius sebarang bentuk aktiviti samseng jalanan dan lumba haram kerana perbuatan itu bukan sahaja melanggar undang-undang, malah boleh mengakibatkan kemalangan serta kehilangan nyawa.

Katanya, operasi seumpama itu akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan serta ketenteraman pengguna jalan raya sentiasa terpelihara.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti lumba haram atau samseng jalanan supaya menyalurkannya kepada balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Subang Jaya di talian 03-78627222.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img