Lelaki Indonesia ditahan kes sembunyi kelahiran, kematian bayi

POLIS menahan seorang lelaki warga Indonesia bagi membantu siasatan kes menyembunyikan kelahiran bayi lelaki yang dilaporkan meninggal dunia di sebuah rumah di Labu pada 3 April lalu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Johari Yahya berkata, suspek berusia awal 30-an itu ditahan susulan laporan pegawai perubatan Hospital Tuanku Ja’afar Seremban yang memaklumkan seorang wanita warga asing mendapatkan rawatan akibat pendarahan serta komplikasi kesihatan di hospital itu pagi semalam.

“Hasil maklumat awal mendapati wanita itu berusia 39 tahun dipercayai melahirkan anak kembar di rumah tanpa bantuan perubatan. Seorang bayi dilaporkan meninggal dunia selepas dilahirkan sebelum mayat bayi itu ditanam.

“Polis telah menjalankan siasatan di lokasi kejadian dan seterusnya menggali semula kubur bayi itu untuk siasatan lanjut sebelum mayatnya dihantar ke Hospital Rembau untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kes ini disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img