Lelaki mengaku tak bersalah tujuh pertuduhan ragut, rompak tujuh wanita

Lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban atas tujuh pertuduhan meragut dan merompak barang kemas milik tujuh wanita sejak tahun lepas.

Mohamad Halikhwan Halbairi, 35, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap tujuh wanita berusia lingkungan 24 hingga 73 tahun di tujuh lokasi di daerah ini pada 10 pagi hingga 12.30 tengah hari antara 23 Mei 2024 dan 3 Julai lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 14 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya Nurnadiahani Mohd Ideris menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan berserta syarat tambahan tidak mengganggu saksi pendakwaan.

Tertuduh, yang tidak diwakili peguam, memohon jumlah jaminan rendah atas alasan hanya berpendapatan RM500 sebulan dengan membantu ibunya berniaga lemang, lapor Bernama.

Hakim Mohamad Kamil Nizam membenarkan Mohamad Halikhwan diikat jamin sebanyak RM45,000 dengan seorang penjamin tempatan bagi kesemua pertuduhan berserta syarat tambahan tidak mengganggu saksi sama ada secara sendiri atau melalui pihak ketiga, serta perlu melapor diri di balai polis setiap bulan.

Sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan lantikan peguam pula ditetapkan pada 18 Nov depan.

 


 

UNDILAH

[forminator_poll id=”4496″]

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img