Lelaki meninggal dunia tersekat pada kerangka pintu tandas

SEORANG lelaki ditemukan meninggal dunia selepas tersekat pada kerangka pintu tandas di sebuah stesen minyak di Taman Tronoh Baru, di Tronoj, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, Jabatan itu menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.20 petang sebelum menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Gajah ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, didapati pihak polis bersama pegawai Kementerian Kesihatan (KKM)  berada di tempat kejadian.

“Pemeriksaan mendapati seorang lelaki berusia 39 tahun berada dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri selepas tersekat pada bahagian kerangka pintu tandas berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sabarodzi berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak KKM.

“Ketua operasi kemudian mengarahkan anggota melakukan kerja mengeluarkan mangsa yang tersekat dengan melaraskan kedudukannya. Mangsa berjaya dikeluarkan dari tandas sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Operasi yang turut dibantu empat anggota polis dan tiga pegawai KKM itu selesai pada jam 3 petang.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here