Lelaki Rusia dilapor hilang ditemukan dibunuh, mayat dikerat lima

POLIS Thailand  menahan dua lelaki warga Rusia yang dipercayai membunuh seorang rakan senegara mereka sebelum memotong-motong mayat mangsa dan menanam bahagian tubuh tersebut di daerah Bang Lamung, wilayah Chon Buri.

Menurut sumber polis, kedua-dua suspek masing-masing berusia 35 dan 38 tahun ditahan di sebuah bilik hotel di Sukhumvit 71, daerah Watthana, Bangkok.

Sebelum penahanan dibuat, polis mengesan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan kedua-dua suspek bersama seorang lelaki Rusia yang dilaporkan hilang, serta menunggang sebuah motosikal yang dipercayai membawa objek besar. Rakaman CCTV itu diperoleh dari sebuah kawasan perumahan kira-kira satu kilometer dari lokasi penemuan mayat, lapor Bangkok Post.

Mangsa dikenal pasti sebagai Mikhail Emelianov, 30 tahun, yang menjalankan perniagaan ganja di Jomtien dan menetap di Pattaya.

Seorang wanita warga Thailand berusia 53 tahun sebelum itu memaklumkan kepada polis bahawa beberapa hari lalu, anjing peliharaannya menemui satu bahagian tubuh manusia yang berlumuran darah.

Susulan itu, polis menemui beberapa bahagian tubuh manusia yang dimasukkan ke dalam beg plastik hitam dan ditanam di lima lubang berasingan berhampiran sebuah kolam, tidak jauh dari rumah wanita tersebut.

Kepala mangsa didapati mengalami kecederaan parah, dipercayai akibat dipukul di bahagian muka menggunakan objek keras.

Polis turut menemui pakaian serta beg milik mangsa yang ditanam di satu lagi lubang di kawasan yang sama.

Ibu mangsa, berusia 51 tahun, yang tiba dari Rusia memaklumkan polis bahawa anaknya telah hilang sejak 8 Januari lalu.

Menurutnya, sebelum kehilangan itu, terdapat mesej menuntut bayaran balik hutang berjumlah AS$120,000.

Dia turut mengesahkan identiti mangsa selepas melihat mayat tersebut dan memastikan ia adalah anaknya yang dilaporkan hilang.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img