40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau

KIRA-kira 40 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Titingan berdekatan Sekolah Kebangsaan Kampung Titingan, di Tawau, hari ini.

Ketua Zon Tawau Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Moilley Milin berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada 10.15 pagi dan tiga jentera tiba di lokasi kejadian pada 10.23 pagi.

“Pihak Bomba menggunakan sumber air terbuka serta melalui tanker air bomba bagi proses pemadaman, dan operasi terkawal pada 12.03 tengah hari,” katanya kepada pemberita, hari ini, lapor Bernama.

Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Dalam pada itu, seorang mangsa kebakaran Saparida Ambuolo yang berusia lingkungan 60-an berkata ketika itu dia sedang menunai solat sunat dhuha pada 10 pagi sebelum mendengar jeritan jiran mengenai kebakaran.

“Kejadian kebakaran itu pengalaman kedua saya. Tidak tahu lagi mahu tinggal di mana selepas ini, saya harap kerajaan boleh menyediakan rumah kepada mangsa kebakaran seperti Program Perumahan Rakyat,” katanya.

Saparida Ambuolo juga reda dengan ujian itu ketika menjelang Ramadan, dan tiada lagi persiapan untuk menyambut bulan mulia itu.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img