Lelaki simpan M16 disyaki lari ke Thailand

POLIS tidak menolak kemungkinan suspek yang dikaitkan dengan pemilikan lima laras senjata api termasuk raifal jenis M16 dalam serbuan di Gua Musang, 20 April lalu, sudah melarikan diri ke Thailand.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, senjata berkenaan sudah dihantar ke unit forensik bagi siasatan lanjut.

“Kita hantar ke unit forensik untuk mengenal pasti nombor siri sama ada milik tentera atau polis dan proses ini mengambil masa.

“Lelaki yang menyimpan senjata berkenaan kini dipercayai sudah melarikan diri ke Thailand,” katanya ketika dihubungi, hari ini lapor Harian Metro.

Terdahulu, media melaporkan penahanan seorang wanita oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kampung Miah, Gua Musang membawa kepada rampasan lima laras senjata api termasuk M16 pada 20 April lalu.

Komander Briged Tenggara, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain dilaporkan berkata, suspek ditahan menerusi Op Bersepadu Khazanah Siri 4/2026 pada jam 6.45 petang.

Katanya, wanita itu turut mendakwa kesemua senjata berkenaan milik suaminya dan dia tidak mengetahui sebarang maklumat berkaitan peralatan terbabit.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img