Ops Hawk: 1,094 individu ditahan kes dadah di Pahang

SERAMAI 1,094 individu ditahan atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah menerusi empat siri Ops Hawk yang dilaksanakan di seluruh negeri Pahang sejak Januari lalu hingga semalam.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, semua individu yang ditahan berusia antara 15 hingga 77 tahun, hasil operasi yang dijalankan susulan aduan awam, khususnya di kawasan Felda.

Menurutnya, sepanjang operasi itu, polis melaksanakan 541 serbuan dan 1,127 pemeriksaan melibatkan premis kediaman serta kenderaan.

“Daripada jumlah itu, seramai 167 individu ditahan kerana kesalahan mengedar dadah, 308 kerana memiliki dadah manakala 619 lagi didapati positif dadah.

“Selain itu, tindakan pencegahan turut diambil terhadap 20 individu di bawah Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985, menahan semula 166 individu yang dikehendaki serta mengambil tindakan terhadap 295 penagih tegar mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Derma Darah sempena sambutan Hari Polis ke-219 di Dewan Teknologi Maklumat, Alor Akar, Pahang, hari ini.

Dalam operasi sama, polis turut merampas pelbagai jenis dadah termasuk syabu, heroin, ganja, pil yaba serta daun dan air ketum yang dianggarkan bernilai RM158,054.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img