Lima warga China didenda tipu jualan dalam talian

LIMA lelaki warga China didenda RM4,000 setiap seorang oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru, hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan penipuan jualan barangan dalam talian yang tidak wujud.

Mereka ialah Chenjiang Jun, 35; Cai Zhen Hao, 28; Bian Shaopo, 39; Wang Huayuan, 30; dan Leng Qing, 26.

Kesemua tertuduh membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Atifah Hazimah Wahab.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa sebagai pihak kepada pakatan jahat dengan tujuan melakukan jenayah dan bersetuju antara satu sama lain untuk melakukan perbuatan menyalahi undang-undang pada 10 September lalu.

Mereka didakwa melakukan penipuan jualan barangan dalam talian yang tidak wujud, bertentangan dengan Seksyen 417 Kanun Keseksaan.

Mereka turut didakwa mengikut Seksyen 120B(2) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sarah Siti Aisyah Mustapha, manakala kesemua tertuduh diwakili peguam bela Muhammad Mohd Nasir dan Ahmad Yusri Ahmad Fuad.

Selepas mendengar pengakuan dan hujahan kedua-dua pihak, Atifah Hazimah menjatuhkan hukuman denda RM4,000 terhadap setiap tertuduh, lapor BH.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here