Lori muatan sayur, buah terbalik di Shah Alam

LORI yang membawa muatan buah dan sayur terbabas dalam satu kejadian kemalangan jalan raya di Jalan Persiaran Mokhtar Dahari, Alam Budiman dekat Shah Alam, semalam.

Kejadian yang tular di media sosial itu memaparkan keadaan di lokasi kejadian, yang mana muatan buah dan sayur dibawa bertaburan di jalan raya, manakala lori pula rosak teruk.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, siasatan pihaknya mendapati kemalangan berlaku kira-kira jam 1 petang semalam.

“Siasatan mendapati, kemalangan membabitkan sebuah lori Rigid – Refrigerated jenis Nissan bermuatan sayur dan buah yang dipandu seorang lelaki tempatan berumur 20-an bersama kelindan lelaki tempatan berumur 30-an dalam perjalanan dari Bidor, Perak ke Shah Alam.

“Kemalangan dipercayai berpunca daripada masalah brek dan pemandu hilang kawalan lalu terbabas hingga menyebabkan lori itu terbalik.

“Kemalangan terbabit mengakibatkan pemandu tersepit di dalam lori dan berjaya dikeluarkan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor,” katanya dalam satu kenyataan semalam, lapor Harian Metro.

Ramsay berkata, pemandu dan kelindan mengalami kecederaan di kepala dan kaki dibawa ke Hospital Shah Alam untuk rawatan selanjutnya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Zaharizul Zamri di talian (019-3229097),” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img