Hina sahabat nabi : Kenyataan Nik Zawawi selesai disiasat, tunggu keputusan pendakwaan

POLIS sudah melengkapkan siasatan terhadap Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berhubung kenyataan yang didakwa menghina sahabat Nabi dan menyerahkan kertas siasatan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, siasatan berhubung kes berkenaan kini selesai sepenuhnya dan keputusan seterusnya bergantung kepada penelitian pihak Pejabat Pendakwaan Negeri (PPN).

“Siasatan sudah selesai dan kertas siasatan juga sudah diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan polis Kelantan merekodkan sebanyak 65 keterangan termasuk daripada Nik Muhammad Zawawi bagi membantu siasatan berhubung kenyataan yang didakwa menghina sahabat Nabi.

Kes berkenaan turut mendapat perhatian apabila sebanyak 63 laporan polis diterima dari seluruh negara termasuk di Kelantan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img