Malaysia komited sediakan persekitaran stabil,kondusif untuk pelaburan China

MENTERI Pelaburan, Perdagangan dan Industri  Datuk Seri Johari Ghani berkata, Malaysia kekal komited dalam menyediakan persekitaran yang stabil, kondusif dan boleh dijangka untuk pelaburan China, sambil memastikan pelaburan tersebut turut memperkukuh pembangunan syarikat dan industri tempatan.

Katanya, usaha memudah cara perdagangan dan pelaburan perlu memberi manfaat bersama agar perusahaan di kedua-dua negara dapat terus berkembang dan menyumbang kepada kemajuan ekonomi serantau.

‘’ Sebagai sebuah ekonomi yang sangat terbuka, Malaysia amat menitikberatkan hubungan kukuh dengan China sebagai ekonomi kedua terbesar dunia,’’ katanya melalui hantaran di Facebook.

Beliau yang sedang menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Perdagangan APEC (MRT) di Suzhou, China, mengadakan pertemuan dua hala bersama  , Menteri Perdagangan negara itu Wang Wentao  bagi membincangkan hubungan ekonomi Malaysia–China yang terus berkembang dan semakin strategik.

Johari berkata, China kekal sebagai rakan dagang terbesar Malaysia, mencerminkan kekuatan hubungan ekonomi yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara.

‘’Dalam pertemuan tersebut, kami membincangkan peningkatan aktiviti ekonomi merangkumi perdagangan, pelaburan dan kerjasama industri, termasuk dalam sektor pembuatan, automotif, pertanian serta produk berkaitan perlombongan.

‘’Kami turut bertukar pandangan mengenai hasrat China untuk meningkatkan import dan memperluaskan pembelian produk Malaysia,’’ katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img