Malaysia sukar nyatakan sokongan terhadap Lembaga Keamanan Gaza – Anwar

MALAYSIA  sukar menyatakan sokongan awal terhadap cadangan penubuhan Lembaga Keamanan bagi Gaza sekiranya tiada jaminan yang jelas dan tegas berhubung nasib rakyat Palestin, terutama di Gaza, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita bagi pandangan. Kita ikuti dan kita agak sukar (beri dukungan) melainkan ada jaminan yang betul-betul baik dan tegas soal rakyat Gaza dan Palestin.

“(Soal) pengiktirafan (dan) menghentikan sama sekali serangan ganas yang biadab oleh rejim Israel dan memulihkan bantuan kemanusiaan. Ini belum dilakukan, jadi kita sukar untuk memberikan dukungan awal,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Al Amin, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi di Bangi hari ini, lapor Bernama.

Sebelum ini, Anwar berkata Malaysia memilih untuk berhati-hati sebelum menyatakan sebarang sokongan terhadap penubuhan Lembaga Keamanan oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, yang bertujuan menamatkan perang di Gaza.

Perdana Menteri berkata kerajaan setakat ini belum memperoleh maklumat yang jelas berhubung penubuhan lembaga berkenaan.

Pada 16 Jan lepas, Trump mengumumkan penubuhan sebuah Lembaga Keamanan untuk Gaza sebagai elemen utama fasa kedua rancangan bagi menamatkan perang di wilayah Palestin itu.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img