Mangsa tragedi kepala air cerita detik cemas kejadian didakwa berlaku begitu pantas

INSIDEN kepala air di Taman Eko Rimba Sungai Sedim di Karangan, Kulim hari ini dikatakan berlaku begitu pantas sehingga meragut tiga nyawa iaitu seorang wanita dan dua kanak-kanak lelaki.

Dalam kejadian itu, tiga mangsa maut ialah Nur Atikah Abdullah, 28; sepupunya, Muhammad Aariz Danial Md Radzi, 3, dan seorang lagi pengunjung kanak-kanak, Muhammad Uzair Ahmadi Hussain, 12.

Adik mangsa, Nur Arif Sukri, 26, berkata, tragedi itu berlaku apabila mereka sekeluarga sedang meraikan sambutan ulang tahun anak kepada kakak sulung Nur Atikah iaitu Nur Atiya Sofiya Shazwan, 7, dengan berkelah di taman rekreasi itu.

Menurutnya, tragedi itu berlaku begitu pantas di depan mata tanpa menyedari kakaknya tidak dapat diselamatkan.

“Benda berlaku sekelip mata…masa itu saya nampak kakak dah ada di tebing sungai, saya ingat dia dah selamat, tak tahu pula lepas tu dia pun dibawa arus,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Kulim, petang ini, lapor Sinar Harian.

Menurutnya, kejadian berlaku apabila dia bersama kira-kira 10 ahli keluarga lain sedang berkelah di taman rekreasi tersebut.

“Saya baru sudah makan nasi. Lepas tu kakak beritahu dia nampak kepala air… tiba-tiba saja air deras, mereka kira-kira lapan orang termasuk kakak, abang ipar, anak saudara dan adik-adik lain sedang mandi dalam air.

“Saya ada atas tebing, terkejut terus turun masuk, mula-mula saya sempat tarik adik dua orang umur 12 dan lima tahun, capai dan peluk, tapi disebabkan arus kuat, terlepas juga, mujur mereka berjaya diselamatkan orang lain, saya pun hanyut juga tapi cuba berpaut pada ranting dan dibawa ke tebing sungai,” katanya.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img