
‘’Hari ini bukan sekadar hari kita melancarkan sebuah manifesto. Hari ini ialah hari kita memperbaharui amanah kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan. Amanah untuk mempertahankan segala yang telah kita bina. Amanah untuk memperbaiki segala yang masih belum sempurna.
‘’Dana amanah untuk memastikan generasi akan datang mewarisi sebuah negeri yang lebih makmur, lebih maju dan lebih bermaruah daripada negeri yang kita wariskan hari ini.’
Demikianlah penegasan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun ketika meluncurkan Manifesto Pakatan Harapan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri itu pada 1 Ogos nanti.
Seharusnya manifesto itu bukan dibentang sekarang, sepatutnya bukan ini masanya untuk membentangkan manifesto baru ketika situasi ekonomi semasa masih belum pulih akibat konflik di Asia Barat.
Bagaimanapun takdir menentukan segala-ganya, Aminuddin dan Pakatan Harapan terpaksa turun ke gelanggang pilihan raya selepas tercetus konflik melibatkan rakan yang sama-sama berada dalam kerajaan.
Tetapi itulah perancangan dan ketentuan Allah SWT, semua itu ada hikmatnya.Apapun Aminuddin khususnya tidaklah panik kerana PRN yang dianggap mengejutkan pada 1 Ogos ini dilaksanakan ketika Kerajaan Negeri Negeri Sembilan di bawah pimpinan beliau telah menunaikan sebanyak 95 peratus kandungan manifesto yang ditawarkan pada PRN 2023.
Jika manifesto 2023 bertemakan ‘Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan’, manifesto 2026 pula bertemakan ‘Kekalkan Harapan’ yang mengetengahkan 10 komitmen utama Pakatan Harapan untuk MENERUSKAN agenda pembangunan negeri yang lebih stabil, progresif dan inklusif.
Aminuddin dan Pakatan Harapan tidak perlu MEMULAKAN baharu atau masih MERANCANG tetapi hanya perlu MENERUSKAN kesinambungan dasar yang dijanjikan sebelum ini pada manifesti 2023.
Pemilihan KEKALKAN NEGERI SEMBILAN bukan bermaksud Pakatan Harapan mahu mengekalkan kuasa semata-mata sebaliknya mahu pengundi KEKAL memberi sokongan untuk Kerajaan Negeri meneruskan dan memantapkan lagi agenda yang telah dilaksanakan sejak 2023.
Bagi tujuan itu kestabilan politik juga perlu DIKEKALKAN. Ia boleh membolehkan tumpuan dapat diberikan kepada usaha memajukan Negeri Sembilan. Ia kerana situasi dan perkembangan dunia kini tidak mengizinkan untuk kestabilan politik tergugat.
Kerajaan Pakatan Harapan di bawah pimpinan Aminuddin bukan bercakap kosong, berjanji kosong atau retorik sebaliknya sudah dibuktikan dengan fakta dan angka serta ia turut dinikmati oleh rakyat Negeri Sembilan.
Kalaulah ada pihak mengatakan tiada kutipan hasil, rizab negeri berkurangan, pelaburan menurun, KDNK Negeri rendah dan kadar pengangguran meningkat, lihat fakta-fakta dengan minda yang terbuka dan hati yang bersih. Janganlah mengelirukan rakyat tanpa melihat kepada angka dan fakta di bawah:
Kedudukan Kewangan Negeri Sembilan:
- i) Kutipan Hasil: RM413 juta (2017) kepada RM610 juta (2025)
- ii) Rizab Negeri: RM725.96 juta (2017) kepada RM1.04 bilion (2025)
iii) Pelaburan: RM1.14 bilion (2017) kepada RM54.3 bilion (2025)
- iv) KDNK Negeri: RM46.3 bilion (2020) kepada RM54.3 bilion (2025)
- v) Kadar pengangguran: 3.8% (2020) kepada 3.1% (2025)
Begitu jugalah perkara-perkara lain, semua sudah diuruskan dengan sebaik mungkin oleh Aminuddin. Contohnya, Bantuan Kewangan kepada penjawat awam meningkat saban tahun iaitu 2018 1 bulan gaji , 2022 – 2023: 1.5 bulan gaji, 2024: 2 bulan gaji dan 2025: 3 bulan gaji.
Keuntungan Badan Berkanun Negeri Sembilan turut catat rekod cemerlang pada lalu apabila Yayasan Negeri Sembilan: Catat keuntungan daripada RM2.52 juta (2018) kepada RM38.75 juta (2024), Kolej Yayasan Negeri Sembilan: Kerugian RM800,000 (2018) kepada keuntungan RM4.61 juta (2024) dan Syarikat Air Negeri Sembilan: Keuntungan daripada RM27 ribu (2018) kepada RM14.66 juta (2024).
Angka-angka mungkin pernah tersebar dan diketahui ramai tetapi ia seolah-olah tidak dipedulikan oleh sesetengah pihak disebabkan politik. Tetapi rakyat perlu diberikan fakta sebenar bagi membolehkan mereka mengaitkan semua angka-angka itu bagi memahami kenapa manifesto Pakatan Harapan bertemakan KEKALKAN NEGERI SEMBILAN dengan menggariskan 10 KOMITMEN UTAMA.
Ia kerana apa yang mahu dilakukan oleh Pakatan Harapan jika KEKAL diberi mandat pada PRN tersebut ialah meneruskan 10 KOMITEM UTAMA itu
Komitmen itu ialah menawarkan kerajaan yang stabil, bersih dan mesra rakyat; memperkasakan Skim Sejahtera Rakyat (SSR); membina ekonomi yang berdaya saing dan mewujudkan 30,000 peluang pekerjaan bergaji tinggi, serta memastikan pendidikan berkualiti untuk semua.
Turut terkandung dalam manifesto berkenaan, penyediaan 20,000 rumah mampu milik dan penyelesaian isu tanah; memperkasakan belia, wanita dan keluarga serta membangunkan sektor pelancongan dan warisan adat, selain menjayakan Pelan Pembangunan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).
Manifesto tersebut turut menumpukan soal pertanian moden dan keterjaminan makanan; merealisasikan infrastruktur strategik dan perkhidmatan kesihatan berkualiti, serta memperkasakan perpaduan antara agama.
Atas sebab itulah penulis melihat PRN Negeri Sembilan ini ada hikmahnya antaranya bagi membolehkan rakyat mengetahui apa yang sudah dilakukan kerajaan negeri sedia ada dan apa yang akan dilakukan pada masa depan.
Kesimpulannya, manifesto Pakatan Harapan itu, tiada kaitan dengan percaturan politik untuk mengekalkan kuasa sebaliknya pengaturan tindakan dan kesinambungan dasar melalui 10 komitmen utama demi mencapai misi Negeri Sembilan Maju 2045.






