Mayat lelaki ditemukan di tepi jalan, polis kesan unsur jenayah

SEORANG lelaki ditemukan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di tepi jalan di Jalan Kampung Air Hitam, Sungai Sejuk di Sungai Siput awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Charan Ai Wan berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan seorang lelaki yang identitinya masih belum dikenal pasti kira-kira jam 4.45 pagi.

Susulan laporan itu, katanya, sepasukan pegawai penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput bergegas ke lokasi untuk menjalankan pemeriksaan terhadap mayat lelaki terbabit.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat unsur perbuatan jenayah terhadap mangsa.

“Perkembangan lanjut berkaitan kes ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Charan berkata, polis kini menjalankan siasatan berhubung kejadian berkenaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here