`Mereka dakwa pasport palsu, sebenarnya dokumen itu sah’ – Saifuddin

KERAJAAN mengesahkan pasport dua pencipta kandungan warga asing yang kononnya didakwa `palsu’ dalam sebuah video tular di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) semalam sebenarnya dokumen sah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, hasil semakan pihak berkuasa menunjukkan kedua-duanya keluar masuk Malaysia secara sah.

Kata beliau, pencipta kandungan lelaki itu merupakan warga Bosnia manakala rakan wanita bersamanya adalah warga China.

“Kita telah membuat semakan dengan kedutaan mereka. Semakan mendapati kedua-duanya memiliki dokumen perjalanan yang sah,” katanya kepada pemberita dalam satu majlis di Sarawak hari ini.

Semalam, pencipta kandungan dari Bosnia itu dilaporkan memuat naik video bertajuk My fake passport will pass her test??? yang memaparkan seolah-olah pemeriksaan pasport di KLIA2.

Saifuddin berkata, kaunter itu sebenarnya dikendalikan anggota polis bantuan dan bukannya pegawai imigresen.

Menurut beliau, pihak berkuasa juga sedang menyiasat motif pencipta kandungan itu memuat naik video berkenaan.

“Jika tujuan mereka untuk memburukkan imej negara, tindakan akan diambil.

“Ini bukan kali pertama dia memuat naik kandungan sedemikian, kononnya untuk menunjukkan betapa mudahnya memasuki sesebuah negara. Sebelum ini dia pernah lakukannya di Thailand,” jelasnya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img