Misteri lelaki maut di hotel bongkar parti dadah, lapan ditahan

MISTERI kematian seorang lelaki warga tempatan di sebuah hotel mewah di ibu negara membawa kepada serbuan polis ke atas parti liar dipercayai berkaitan dadah, awal pagi tadi.

Dalam serbuan kira-kira jam 4 pagi itu, polis menahan lapan lelaki termasuk enam warga selain merampas dadah dipercayai ketamin dan pil ekstasi.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chan Hook berkata, pihaknya mengesahkan terdapat satu kes kematian membabitkan lelaki berusia 31 tahun yang dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) dari sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Menurutnya, lelaki terbabit disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan dan kes diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR).

“Mayat si mati dihantar ke HKL dan bedah siasat dijalankan pada jam 9.30 pagi sebelum selesai kira-kira jam 12 tengah hari.

“Setakat ini punca kematian masih menunggu keputusan siasatan makmal,” katanya dalam kenyataan.

Susulan kejadian itu, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields diketuai Inspektor Mohd Hanif menyerbu bilik hotel tempat mangsa menginap.

“Hasil serbuan, polis menahan lapan individu terdiri daripada dua warga tempatan, dua lelaki warga Singapura serta masing-masing seorang lelaki warga Hong Kong, Vietnam, Indonesia dan China.

“Turut dirampas satu paket plastik lutsinar disyaki dadah jenis ketamin seberat 1.5 gram dan satu paket plastik lutsinar mengandungi tiga biji pil disyaki ekstasi seberat 0.7 gram,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, semua suspek direman selama tiga hari bagi membantu siasatan lanjut.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img