MoF pertimbang mekanisme bolehkan individu selain pemilik kenderaan guna BUDI Diesel

KEMENTERIAN Kewangan (MOF) sedang mempertimbangkan mekanisme baharu yang membolehkan individu selain pemilik berdaftar kenderaan menggunakan kuota subsidi di bawah program BUDI Diesel.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, cadangan itu susulan maklum balas yang diterima daripada orang ramai berhubung isu kenderaan yang didaftarkan atas nama pasangan atau ahli keluarga yang tidak berlesen, tetapi digunakan oleh individu lain.

Menurut beliau, antara mekanisme yang sedang diteliti ialah memperkenalkan konsep “approved person” bagi membolehkan pengguna sebenar kenderaan mengakses kuota subsidi yang diperuntukkan.

“Kita menerima maklum balas seperti ini semasa sesi libat urus semalam di Kota Kinabalu dan kini sedang meneliti mekanisme yang sesuai.

“Kita sedang melihat mekanisme sama ada kuota subsidi itu boleh dianjakkan kepada seorang individu yang diluluskan untuk menggunakannya,” katanya pada sidang media BUDI Diesel, di Kuching hari ini.

Bagaimanapun, beliau menegaskan kerajaan perlu memastikan sebarang penambahbaikan tidak menjejaskan prinsip utama program berkenaan iaitu satu kenderaan hanya menerima satu kuota subsidi.

Katanya, langkah itu penting bagi mengelakkan berlakunya ketirisan atau penyalahgunaan subsidi sekiranya satu kenderaan dibenarkan menerima pelbagai kuota melalui beberapa individu berbeza.

Amir Hamzah berkata, kerajaan akan terus menilai maklum balas yang diterima selepas pelaksanaan BUDI Diesel bermula 1 Julai depan sebelum memutuskan sebarang perubahan terhadap mekanisme sedia ada.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img