Mulai  1 Julai tiada lagi caj RM1 bagi pengeluaran tunai antara bank

PELANGGAN semua bank di Malaysia tidak lagi dikenakan caj RM1 bagi pengeluaran tunai antara bank di mesin juruwang automatik (ATM) dan mesin smart recycle (SRM) mulai 1 Julai depan.

Dalam kenyataan bersama, Persatuan Bank-bank Dalam Malaysia (ABM), Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) serta Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM) berkata pengecualian itu terpakai kepada semua ATM dan SRM yang dikendalikan bank di seluruh negara.

Menurut kenyataan tersebut, inisiatif itu membolehkan pemegang kad debit Malaysia mengakses lebih 14,000 ATM dan SRM tanpa mengira bank pengeluar kad, dengan pengeluaran tunai percuma tanpa had.

“Inisiatif ini dilaksanakan dengan kerjasama Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) dan mencerminkan komitmen berterusan industri perbankan untuk menjadikan perkhidmatan kewangan lebih mudah diakses, inklusif dan mampu milik,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan berkenaan,  pemansuhan caj pengeluaran tunai antara bank itu bertujuan memastikan akses kepada tunai kekal mudah, dipercayai dan berpatutan, selain membantu mengurangkan beban kewangan harian rakyat.

Pada masa sama, kata kenyataan itu ia akan terus menggalakkan penggunaan bayaran digital dan tanpa tunai yang selamat, mudah serta lancar sebagai pilihan alternatif untuk transaksi harian.

‘’Bank komited memberi kebebasan kepada pelanggan memilih kaedah pembayaran yang sesuai dengan keperluan masing-masing, di samping memperkukuh rangkuman kewangan dan pengalaman perbankan di Malaysia,’’ kata kenyataan tersebut.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img