Pandu melulu sampai rempuh motosikal, polis buru pemandu Myvi putih

POLIS kini mengesan pemandu Perodua Myvi yang terlibat dalam satu kemalangan tular di Jalan Alam Sari, Kajang, pukul 1.30 tengah hari kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, dalam kemalangan itu seorang penunggang motosikal cedera selepas dirempuh Perodua Myvi.

“Motosikal mangsa datang dari arah bertentangan sebelum berlanggar dengan kereta terbabit.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada tindakan pemandu Myvi yang memandu secara melulu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, penunggang motosikal berbabit cedera di bahagian lutut kanan dan jarinya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus

IG:
Utusan Melayu Plus

TikTok:
@utusanmelayuplusofficial

Whatapps Channel:
UTUSAN MELAYU PLUS


Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img