Indonesia lancar kempen jualan mega sempena cuti sekolah, sasar lebih ramai pelancong Malaysia

I=Indonesia melancarkan program BINA Indonesia Great Sales 2026: Holiday & Back to School dengan menawarkan diskaun sehingga 50 peratus di seluruh negara bagi merancakkan sektor pelancongan dan peruncitan sempena musim cuti sekolah.

Program yang berlangsung dari 8 Jun hingga 12 Julai itu melibatkan kira-kira 800 jenama, 80,000 premis perniagaan serta sekurang-kurangnya 414 pusat beli-belah dan pusat runcit di 24 wilayah di negara berkenaan.

Kementerian Pelancongan Indonesia dalam kenyataannya berkata, inisiatif itu bertujuan merangsang perbelanjaan isi rumah, memperkukuh pelancongan beli-belah serta mewujudkan limpahan ekonomi kepada sektor peruncitan, makanan dan minuman, perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), serta industri pelancongan.

Menteri Pelancongan Indonesia, Widiyanti Putri Wardhana berkata, aktiviti membeli-belah kini menjadi antara elemen penting dalam pengalaman pelancongan, selain tarikan destinasi dan budaya tempatan.

Menurut beliau, pelancong bukan sahaja mencari destinasi menarik, malah turut berminat mendapatkan produk tempatan berkualiti, menikmati makanan tradisional serta merasai pengalaman gaya hidup yang mencerminkan identiti Indonesia.

“Apabila pelancong membeli produk tempatan, menikmati makanan dan mengunjungi tarikan komuniti, manfaat ekonomi akan dirasai secara langsung oleh sektor pelancongan, peruncitan, PMKS dan ekonomi wilayah,” katanya.

Dalam masa sama, Indonesia turut melihat pasaran serantau sebagai faktor penting dalam memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi pelancongan beli-belah utama di Asia Tenggara.

Malaysia kini merupakan sumber pelawat antarabangsa terbesar ke Indonesia, diikuti Singapura dan Brunei Darussalam.

Kementerian itu berkata, faktor kedudukan geografi yang dekat, hubungan pengangkutan yang baik serta minat yang sama terhadap aktiviti membeli-belah, gastronomi dan pelancongan bandar menjadikan pelancong dari ketiga-tiga negara berkenaan antara pasaran utama Indonesia.

Selain promosi jualan, kerajaan Indonesia turut menyediakan beberapa insentif perjalanan domestik termasuk diskaun pengangkutan kereta api, perkhidmatan laut dan feri, serta insentif cukai bagi tiket penerbangan kelas ekonomi domestik dalam tempoh tertentu.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img