Ops Khas Motosikal: 456 saman, 22 motosikal disita di ibu negara

SEBANYAK 456 saman dan 22 motosikal disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam Ops Khas Motosikal sempena Ops Tahun Baharu Cina 2026 di Plaza Tol Sentul Pasar di ibu negara malam tadi.

Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, operasi bermula jam 8.30 malam hingga 11.30 malam itu membabitkan sejumlah 53 anggota JPJ Kuala Lumpur bersama sembilan anggota Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut beliau, dalam operasi itu sebanyak 912 kenderaan diperiksa, dengan 152 kenderaan diambil tindakan.

SEBAHAGIAN daripada penunggang motosikal yang diperiksa dalam Ops Khas Motosikal sempena Ops Tahun Baharu Cina 2026 di Plaza Tol Sentul Pasar di ibu negara malam tadi. GAMBAR JPJ KL

“Kesalahan tertinggi direkodkan adalah tiada Lesen Memandu Kompeten (CDL) sebanyak 151 kes, diikuti Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh (108), tiada insurans (105), ubah suai kenderaan (1), nombor pendaftaran (21), lain-lain kesalahan teknikal (12) dan lain-lain kesalahan sebanyak 58 kes.

“Dalam operasi itu, kita turut menyita 22 motosikal bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, dalam operasi itu, JPJ Kuala Lumpur turut mengesan kenderaan dipandu warga asing membabitkan 11 orang terdiri dua warga Indonesia, lima Pakistan, Bangladesh (3) dan seorang Myanmar.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img