Pandangan Tuan Ibrahim kenapa orang mula bertanya siapa PM dari PN

TIMBALAN Presiden Pas, Datuk  Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kerajaan hari ini dirudum dengan pelbagai krisis termasuk kejatuhan nilai ringgit, peningkatan kos sara hidup tanpa penyelesaian dan sebagainya.

Atas sebab itulah kata beliau, orang mula membincangkan siapakah yang akan menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas ini.

“Hari ini orang mula bincang siapa bakal Perdana Menteri, kenapa? Ramai tanya PN, siapa yang akan jadi Perdana Menteri? Ramai yang tanya Pas siapakah tokoh Perdana Menteri? Kenapa mereka tanya kami (PN)?

“Kerana mereka dah hilang kepercayaan pada menteri yang ada, kerana mereka dah tak yakin kepada menteri yang ada, rakyat tercari-cari tokoh baru yang akan menerajui kerajaan selepas PRU16 ini,” katanya yang yakin PN akan menguasai dan menawan semula Putrajaya pada pilihan raya itu nanti.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian sempena Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia kali ke-66 y di Kompleks Pas Kedah, hari ini hari ini.

Beliau berkata, perjuangan Pas semakin diterima rakyat, bahkan keyakinan itu meningkatkan dengan pentadbiran empat buah negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

‘’Ia merupakan hasil perjuangan PAS yang panjang setelah negara mencapai kemerdekaan, sehingga ada pihak menuduh kegagalan tersebut berpunca kerana parti itu meletakkan Islam dalam nama pendaftaran,’’ katanya.

Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, sejarah negara turut menyaksikan banyak parti yang hilang dari arena politik tanah air dan ada juga yang dijenamakan semula untuk memberi nafas baharu seperti Parti Pekerja Malaysia.

Beliau menjelaskan, nama Islam tetap digunakan untuk memberitahu rakyat bahawa Pas tidak menipu rakyat, bahkan agenda Islam untuk memupuk kehidupan lebih baik selain menyelamatkan negara yang mempunyai pelbagai kaum dan agama.

“Saya nak tegaskan di sini banyak parti yang tak ada nama Islam pun, tetapi ghaibal ghuyub (hilang) juga. Berapa banyak parti yang tak ada langsung nama Islam, tidak dapat sokongan rakyat dalam setiap pilihan raya juga.

“Kita tegaskan kita namakan parti kita dengan nama Islam untuk beritahu rakyat kita tidak akan berbohong dengan rakyat, kita buat agenda nak Islam sebagai agenda yang mendapat panduan Allah untuk kita,” katanya menolak dakwaan nama Islam menyebabkan Pas tidak mendapat sokongan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img