Papagomo dihalang terbit pernyataan berunsur fitnah terhadap MCMC

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur telah mengeluarkan perintah injunksi interim ex-parte terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris (Wan Azri), yang juga dikenali sebagai Papagomo dalam satu tindakan sivil yang dimulakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

MCMC dalam Kenyataan berkata, melalui perintah itu, mahkamah telah menghalang Wan Azri daripada menerbitkan sebarang pernyataan berunsur fitnah terhadap MCMC serta menghentikan serta- merta penerbitan dan penyebaran kandungan memudaratkan dalam talian melalui media sosial. 

‘’Mahkamah juga menetapkan bahawa individu tersebut tidak boleh menggunakan mana-mana platform media sosial untuk menyebarkan kandungan yang palsu, mengelirukan atau memudaratkan, sama ada melalui akaun sedia ada atau akaun baharu,’ kata MCMC dalam kenyataan.

Menurut MCMC, perintah injunksi interim ini akan terus berkuat kuasa sehingga pendengaran inter-partes atau arahan lanjut oleh mahkamah.

‘’Tindakan ini susulan Notis Tuntutan yang telah dikeluarkan oleh MCMC kepada Wan Azri pada 9 April 2026 berhubung penerbitan kandungan palsu yang menuduh MCMC menyekat laporan berita MalaysiaGazette. 

‘’Selain itu, Wan Azri juga didapati berulang kali menggunakan akaun media sosial untuk menyebarkan kandungan yang memudaratkan dalam talian,’’ katanya.

Kata MCMC, perintah injunksi interim dan tindakan sivil ini adalah berdasarkan undang-undang sedia ada yang memberi fokus kepada kandungan dalam talian yang boleh menjejaskan kepentingan awam, menggugat keharmonian masyarakat serta menghakis keyakinan terhadap institusi awam.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img