‘’Pas bukan harap jawatan, pemimpin UMNO usah angkuh beri reaksi’’ – Pas Johor

PAS Johor menegaskan  pendirian Presiden parti, Tan Sri Abdul Hadi Awang, untuk membantu memastikan kerajaan negeri dapat dibentuk sekiranya tiada mana-mana pihak memperoleh majoriti yang jelas, bukanlah kerana Pas mengharapkan jawatan atau sebarang balasan politik.

Pesuruhjaya PAS Negeri Johor Datuk Mahfodz Mohamed berkata, arahan kepada penyokong Pas  supaya menyokong calon Barisan Nasional (BN) di DUN yang tidak ditandingi Pas atau Perikatan Nasional (PN) dibuat atas pertimbangan yang lebih besar, iaitu memastikan kepimpinan Melayu-Islam terus menerajui  Johor secara adil dan bertanggungjawab kepada seluruh rakyat.

‘’Justeru, pemimpin UMNO Johor tidak seharusnya bersikap angkuh dalam memberikan reaksi terhadap keikhlasan tersebut. Sekiranya BN tidak memperoleh majoriti yang mencukupi untuk membentuk kerajaan, Pas dan Perikatan Nasional bersedia mengambil sikap matang demi kestabilan negeri,  kesejahteraan rakyat dan kesinambungan kepimpinan Melayu-Islam di Johor,’’ katanya dalam kenayataan, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, kesediaan Pas untuk bekerjasama jangan disalahertikan sebagai kelemahan tidak meminta-minta untuk berada dalam kerajaan.

” Pendirian Pas adalah jelas, iaitu mendahulukan kestabilan negeri, kesejahteraan rakyat dan masa depan Johor, mengatasi ego serta kepentingan sempit kepartian. Inilah semangat JOM JAGA JOHOR yang kami bawa,’’ tegasnya.

Hari ini Pengerusi  BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memberi jaminan Pas tidak akan menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri Johor sekiranya parti komponen itu kembali memerintah dan beliau dilantik semula sebagai Menteri Besar.

Menurut Onn Hafiz., rakyat Johor perlu tahu bahawa Pas sama sekali tidak akan menjadi sebahagian pentadbiran kerajaan ‘dalam apa jua keadaan sekali pun’.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img