Pasangan suami isteri ditahan penduduk kampung selepas tipu warga emas RM17,000

POLIS  mengesahkan menerima laporan berhubung kes penipuan telefon atau ‘phone scam ‘membabitkan penyamaran sebagai pegawai kerajaan dan polis sehingga menyebabkan seorang wanita berusia 64 tahun mengalami kerugian kira-kira RM17,000.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Nik Ab Halim Nik Mat berkata, siasatan awal mendapati kejadian bermula pada 3 November lalu apabila mangsa menerima panggilan telefon daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai pegawai Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Katanya individu terbabit memaklumkan kononnya mangsa mempunyai tunggakan bil elektrik bagi sebuah premis di Kuantan, Pahang, sebelum menyambungkan panggilan kepada individu lain yang menyamar sebagai pegawai polis.

Katanya, mangsa kemudian diberitahu kad pengenalannya disalahgunakan dan kononnya terbabit dalam kegiatan pengubahan wang haram.

“Bagi meyakinkan mangsa, suspek mengarahkan mangsa menyerahkan barang kemas miliknya untuk dijadikan bahan bukti bagi tujuan siasatan.

“Mangsa yang terpedaya meletakkan dua utas gelang tangan emas dan seutas rantai leher emas di peti surat rumahnya pada 4 November lalu sebelum barang kemas itu diambil individu tidak dikenali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nik Ab Halim berkata, pada hari ini, dua suspek yang merupakan pasangan suami isteri ditahan penduduk kampung ketika dipercayai kembali ke rumah mangsa di Felda Rasau Kerteh 3, kira-kira jam 4 petang untuk mengambil wang tunai RM50,000 yang diminta daripada mangsa.

Beliau berkata, kedua-dua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun untuk siasatan lanjut dan akan direman esok di Mahkamah Majistret Dungun.

“Polis turut merampas tiga telefon bimbit dan sekeping surat pajak gadai bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here