Pearly Tan- Thinaah buktikan keunggulan juarai Terbuka Artik dalam masa 32 minit

BEREGU wanita negara, Pearly Tan–M Thinaah mencipta kejayaan lagi apabila tampil juara Terbuka Artik 2025 dalam 32 minit di Areen Energia, Finland apabila menewaskan beregu Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakashini.

Pearly-Thinaah yang merupakan beregu wanita nombor dunia mencatatkan kemenangan dalam dua set  21-7, 21-9 dalam perlawanan akhir hari ini.

Kemenangan itu bukan sahaja memperkukuh kedudukan mereka dalam ranking dunia, malah menebus kekecewaan tahun lalu apabila sekadar bergelar naib juara di kejohanan sama.

Kejayaan di Finland itu menambah koleksi kejuaraan Jelajah Dunia mereka kepada lima gelaran keseluruhan, selepas turut menjuarai Terbuka Switzerland 2021, Terbuka Perancis 2022, Terbuka Hong Kong 2024 dan Terbuka Thailand 2025.

Bagi musim ini, gelaran di Terbuka Artik menjadi yang kedua selepas mereka turut muncul juara Terbuka Thailand pada Mei lalu.

Selaku juara, Pearly-Thinaah membawa pulang hadiah wang tunai AS$37,525 (RM158,543), manakala Iwanaga-Nakashini, menerima AS$18,050 (RM76,261) selaku naib juara.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img